Pages

Borang

Powered byEMF HTML Contact Form

Monday, 20 March 2017

Destinasi percutian yang menarik di Jempol

Produk Argo Pelancongan
Produk Eko-pelancongan adalah produk yang berkaitan dengan penggunaan kawasan semula jadi di dalam satu-satu kawasan. Walaupun Daerah Jempol sudah tidak banyak kawasan hutam simpan namun masih terdapat kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai sumber aktiviti pelancongan, rekreasi dan riadah serta aktiviti pendidikan dan kajian ilmiah. Bagi Daerah Jempol terdapat beberapa kawasan yang boleh dimajukan iaitu :-
  • Hutan Lipur Serting Ulu
  • Hutan Lipur De Bana
  • Kawasan Jeram Panjang
  • Kawasan Kajian Perhutanan
  • Kawasan Gua Serting Ulu
  • Berkenu di Sungai Serting

Hutan Lipur Serting Ulu

Destinasi pelancongan ini terletak di kawasan Serting Ulu iaitu kira-kira 8 km dan Pekan Batu Kikir. Kawasan Hutan Lipur Serting Ulu ini terletak di dalam Kompartment 23 dan 24 Hutan Simpanan Serting. Ianya merupakan kawasan hutan Dipterokarp Pamah yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna, ditambah pula dengan keunikan batu-batannya boleh dilihat dengan menyusuri denai hutan yang disediakan. Beberapa kemudahan asas telah disediakan oleh pihak Jabatan Hutan Negeri seperti pondok rehat, gerai makan dan kolam mandi untuk keselesaan para pengunjung.

[untuk ketahui lebih lanjut, klik tajuk yang berwarna kuning di atas] 

Sedang mencari Homestay di Jempol untuk saiz keluarga yang besar? Memerlukan parking yang luas untuk konvoi kenduri? Sanak-saudara datang jauh dari seluruh negeri tiada tempat menginap? Rumah di kampung sesak tidak cukup ruang untuk tampung keluarga yang ramai?

Hubungi saya Ahnor 013-3563580 untuk respon lebih cepat


0 comments:

Post a Comment