Pages

Borang

Powered byEMF HTML Contact Form

Tuesday, 14 March 2017

Tempat menarik di Seremban untuk dilawati

Tempat menarik di Seremban untuk dilawati


Semua tempat yang disenaraikan ini berada di dalam Seremban atau paling jauh pun belasan kilometer saja jaraknya dari pusat bandar. Di mana lokasi tempat riadah keluarga tu?


1) IJM Hill Park, Seremban 2 Heights


Seremban 2 yang berjarak empat kilometer dari bandar Seremban merupakan bandar terancang yang dibina dengan tujuan untuk memindahkakan pusat pentadbiran negeri, perniagaan dan pendidikan jauh dari bandar. Bandar Seremban tu dah tak boleh expand, kecil sangat.


Taman rekreasi yang dibangunkan oleh IJM Land ini berkeluasan 30 ekar dengan ketinggian 162 meter dari aras laut mempunyai pelbagai kemudahan termasuk trek berjalan kaki dan jogging. 

Tarikan utama di sini ialah sekumpulan dinasour daripada spesis Stegosaurus, Ginganotosaurus dan Baryonyx di puncaknya. Pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak disediakan di sini seperti flying fox, buaian dan gelongsor. Dinasour tu pun dah macam gajah sarkis, badan je besar tapi tak berani lari :-))

Bagi yang ingin merasai suasana hutan boleh berjalan mengikut denai yang disediakan. IJM Hill Park ini telah digazetkan sebagai kawasan bebas asap rokok. Taman ini dibuka setiap hari dri 6.30 pagi hingga 9.00 malam.

Sumber dari ruggedmom blog

Untuk baca lebih lanjut artikel ni,blog klik pada tajuk (highlight warna kuning).

Untuk tempahan homestay, boleh klik FB ini Cari Homestay Murah Untuk Sewa

0 comments:

Post a Comment